Ini Sebab Bayi Dilarang Memakai Cincin | Kool FM
Home > Ceritera Kool > Ini Sebab Bayi Dilarang Memakai Cincin

Ini Sebab Bayi Dilarang Memakai Cincin

/
03 Jul 2017
/ /

Kebanyakan ibu bapa ketika ini gemar memakaikan anak-anak kecil mereka aksesori untuk menambahkan lagi seri di wajah dan tubuh terutamanya di hari perayaan.

Namun, tahukah anda anak-anak ini masih kecil, tidak “berakal” lagi mahu buat sebarang perkara.

Banyak perkara yang telah terjadi, termasuklah meninggal dunia semasa meminum susu gara-gara tersedak, jatuh escalator, terkena renjatan elektrik, semuanya berkenaan dengan tanpa pengawasan ibu dan bapa.

Terbaru, seorang ibu bernama Siti Shuada telah berkongsi kisah dengan memuat naik status di laman Facebooknya sendiri di mana anak kecilnya telah tertelan cincin emas yang dipakaikan dijarinya.

Maaf sume yg komen pm, whtsapp xdpt bls tgh uruskn baby aleesa… Bby sy kne masa tgh tdoo dlm buai kt jari dy pkai…

Posted by on 

Bimbang dengan keadaan anaknya, ibu berkenaan segera bergegas ke hospital dan beberapa jam kemuadian akhirnya cincin tersebut dapat dikeluarkan

Maaf gmbar ad kotor sikit… Yaallah keajaipan ap yg ko beri pd diri ku ini pg iniTerkejut diri ini… Happy x…

Posted by on 

Kesimpulannya, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran kepada semua ibu bapa diluar sana, supaya tidak pakaikan aksesori untuk mereka yang masih kecil. “Jangan sudah terhantuk, baru terngadah.”

Leave a Reply