7 Pelakon Yang Dah Suam-Suam Kuku Bakal Membuat Comeback 2017! | Kool FM
Home > Ceritera Kool > 7 Pelakon Yang Dah Suam-Suam Kuku Bakal Membuat Comeback 2017!

7 Pelakon Yang Dah Suam-Suam Kuku Bakal Membuat Comeback 2017!

, Filem, Selebriti

Sebenarnya, tak semua pelakon akan kekal popular untuk satu tempoh yang lama, diorang pun ada turun naiknya. Ada yang berehat seketika daripada dunia lakonan untuk menumpukan fokus pada keluarga, atau berdepan masalah kesihatan, isu peribadi, atau sebab terlalu memilih sesuatu projek filem sampai terus jadi tak laku.

Maka, segelintir daripada mereka akan buat kemunculan semula atau “comeback” tapi kenalah bertepatan pada masanya juga, sekaligus menaikkan nama mereka semula dalam dunia perfileman.

Ini antara 7 pelakon yang bakal membuat comeback yang pastinya meletup dengan watak watak yang takkan membosankan:

7. VAL KILMER – The Snowman

 

 

Pada satu ketika, Val Kilmer ni memang menjadi pujaan gadis dan salah seorang artis hot dan handsome di Hollywood. Ingat cerita Batman? Walaupun lakonan dia dalam filem itu tak sehebat bintang Batman yang lain, tapi disebabkan rupanya yang kacak, dia dipilih membawakan watak hero!

Lepas tu, reputasi Val Kilmer yang dikatakan sering menimbulkan masalah dalam dunia Hollywood menyaksikan ramai penerbit filem tidak mahu bekerjasama dengannya, sehinggalah popularitinya merudum. Ada beberapa filem yang dibintanginya pun tak mengaut keuntungan.

Tapi, Val Kilmer bakal membuat comeback tahun 2017, di mana dia bakal muncul dalam filem thriller berjudul The Snowman. Dia bakal berlakon di samping Michael Fassbender, untuk satu watak yang tidak dinyatakan.

Selepas 3 tahun tidak muncul dalam mana mana filem, semoga comeback ini menjadi buah mulut sekali lagi di Hollywood!

 

6. HALLE BERRY – Kingsman: The Golden Circle/Kings

 

Ironinya, populariti Halle Berry merudum selepas dia memenangi trofi Oscar Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Monster’s Ball pada tahun 2002. Lepas tu, semua filem lakonan Halle Berry seperti Catwoman, Gothika dan Die Another Die tak berapa menjadi.

Lakonan Halle Berry dalam filem X Men sebagai Storm pun suam suam kuku je, tak berapa menonjol, termasuklah filem aksi berjudul Dark Tide, di mana dia menjadi seorang “shark whisperer”. HEH?

Tapi, 2017 bakal menyaksikan comeback Halle Berry di mana dia menerima tawaran membintangi filem sekuel Kingsman: The Golden Circle, yang memang menjanjikan tempat dalam carta box office lah ni! Dalam sekuel itu nanti, dia bakal membawa watak sebagai gadis bernama Ginger.

Selepas itu, Halle Berry akan berlakon filem berjudul Kings, membawakan watak sebagai seorang ibu yang bekerja, di samping bintang James Bond, Daniel Craig. Kings yang menceritakan mengenai rusuhan tahun 1992 di Los Angeles, dilihat boleh tercalon merebut Oscar akan datang.

 

5. ADAM SANDLER – The Meyerowitz Stories

 

Adam Sandler memang terkenal dengan sifat kelakar dan filem komedi, tetapi dalam beberapa filem terakhir lakonannya, jenaka nya kurang menyengat, dan dia memang kena buat comeback yang terbaik.

Dalam filem drama/komedi berjudu The Meyerowitz Stories, dia yang membintangi filem itu mendapat pujian pengkritik filem ketika ia ditayangkan di satu festival filem. The Meyerowitz Stories turut dibintangi oleh Ben Stiller, Dustin Hoffman dan Emma Thompson. Filem itu belum diberi tarikh tayangan rasmi, tetapi kalau ikut cakap cakap positif pengkritik filem, mungkin ini bakal menaikkan semula nama Adam Sandler, sejak filem terbaiknya, Punch-Drunk Love.

 

4. ELISABETH SHUE – Battle of The Sexes/Death Wish

Kalau korang suka filem Back To The Future Part II dan sekuelnya, anda pasti kenal dia sebagai girlfriend Marty McFly bernama Jennifer. Dia juga membintangi filem Leaving Las Vegas, filem yang memberi trofi Oscar kepada pelakon lelaki filem itu Nicolas Cage.

Tetapi, lepas tu, kerjayanya merudum.

Tahun 2017 ni dikatakan bakal menandakan comeback moment untuk Elisabeth Shue, yang bakal membintangi 2 filem baharu: Battle of The Sexes, film biopik mengenai perlawanan tenis antara Billie Jean King dan Bobby Riggs, di mana dia akan menjadi isteri kepada watak pelakon Steve Carrell.

Lepas tu, dia akan berlakon di samping Bruce Willis dalam filem remake berjudul Death Wish. Pasti dia akan membuat comeback ini dengan sebaik-baiknya.

 

3. MICHELLE PFEIFFER – Murder on The Orient Express/Mother!

Mungkin kali terakhir Michelle Pfeiffer memberikan lakonan yang mantap dan diingati peminatnya ialah filem Stardust, atau filem Dangerous Minds. Lepas tu, takda apa apa filem menarik lakonannya yang boleh diingati. Lagi-lagi bila Michelle membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Comeback tahun 2017 ini pasti menjanjikan sesuatu yang menarik, di mana dia akan membintangi filem berjudul Mother!, di samping Jennifer Lawrence dan Javier Bardem. Michelle akan membintangi filem adaptasi berjudul Murder On The Orient Express, membawakan watak bernama Mrs Caroline Hubbard, seorang suspek untuk kes pembunuhan.

Menarik? Tahun ini, nama Michelle Pfeiffer dijangka akan disebut-sebut sekali lagi selepas sekian lama!

 

2. SEAN PENN – The Professor and The Madman

Tidak diragui, Sean Penn ialah seorang aktor yang berkaliber dan hebat, buktinya, menerusi filem-filem yang dibintangi seperti Carlito’s Way, Mystic River dan Milk. Tapi, sejak 10 tahun yang lalu filem lakonannya yang lain tak mendapat sambutan.

Tahun 217 ialah tahun yang baik untuk Sean Penn kembali ke layar perak dengan sesuatu yang lebih mantap, dan ia menerusi filem The Professor and The Madman, diadaptasi daripada sebuah buku berjudul The Surgeon of Crowthorne, yang mengisahkan mengenai penerbitan kamus pertama di dunia.

Filem itu turut dibintangi Mel Gibson sebagai James Murray, editor prinsipal kamus English Oxford. Sean Penn membawakan watak bernama William Chester Minor, seorang bekas pakar bedah kem tentera yang dipenjarakan kerana membunuh, yang juga telah menghantar 10,000 penyertaan perkataan kepada kamus English Oxford ketika berada dalam tahanan!

Walaupun kedengaran seperti rumit, namun filem yang rumit itu lah yang sering tercalon untuk Oscar dan kalau dibuat berdasarkan watak sebenar, ia mungkin akan mengembalikan populariti Sean Penn!

 

1. JACK BLACK – The Polka King/Jumanji: Welcome To The Jungle

Jack Black ni seorang pelakon yang unik, dan berupaya menghiburkan penonton dengan watak-watak yang best. Tapi, selepas 2 tahun yang suram, di sebalik suara untuk filem animasi Kung Fu Panda, pelakon filem Tenacious D itu dijangka membuat comeback tahun 2017.

Filem pertama, The Polka King, filem komedi yang menampilkan Jack Black sebagai Jan Lewan, seorang penari polka sensasi yang mula menipu seluruh dunia dengan beberapa “trick” dan akhirnya dituduh terlibat dengan penipuan besar-besaran.

Lepas tu, ada filem Jumanji: Welcome To The Jungle, filem yang bakal menampilkan wataknya Jack Black sebagai avatar seorang remaja perempuan yang “disedut” masuk ke dalam sebuah permainan video. Jack Black akan membintangi filem itu di samping Dwayne ‘The Rock’ Johnson. Mesti kelakar filem ni.

Bila digabungkan, watak-watak yang diberikan kepada Jack Black kali ini mungkin boleh mengembalikan prospek kerjayanya sebagai pelakon yang berkaliber dan sekaligus mengembalikan popularitinya!

 

Leave a Reply