Gara-Gara Mahu Sehidup Semati, Lelaki Gigit Isteri Selepas Disengat Ular Berbisa | Kool FM
Home > CeriteraKool > Gara-Gara Mahu Sehidup Semati, Lelaki Gigit Isteri Selepas Disengat Ular Berbisa

Gara-Gara Mahu Sehidup Semati, Lelaki Gigit Isteri Selepas Disengat Ular Berbisa

Seorang lelaki di India yang digigit oleh seekor ular berbisa bertindak menggigit isterinya di bahagian lengan dalam cubaan untuk mati bersama dengan pasangannya.

Pemuda yang dikenali sebagai Shankar Rai berasal dari kampung Birsingpur di Samastipur, India, digigit oleh ular berkenaan ketika sedang tidur pada malam Sabtu lalu.

The incident on Saturday happened in the village of Birsingpur in Samastipur district, Bihar, India

Apabila beliau tersedar pada pagi itu, beliau terus bergegas mendapatkan isterinya, Amiri Devi, beliau  mengigit lengannya sambil memberitahu bahawa beliau cintakannya dan mahu mati bersama-sama.

Shankar Rai, of, Bihar, India, died at the hospital a day after being bitten by a venomous snake. His wife, Amiri Devi, was saved by doctors after Rai bit her wrist in hopes of dying together (file photo)

Kedua-duanya pengsan dan dikejarkan ke hospital tempatan.

Rai meninggal dunia tidak lama selepas tiba di hospital, bagaimanapun Devi berjaya diselamatkan oleh doktor.

“Wanita itu berjaya diselamatkan kerana rawatan dapat diberi tepat pada masanya. Sekarang dia selamat,” kata Doktor Jaykant pada Isnin, menurut Gulf News.

Menurut Devi, Rai menusuk giginya ke dalam lengan dan berhajat untuk mati bersama.

“Dia beritahu saya dia sangat cintakan saya dan mahu mati bersama sebelum menusuk lengan saya dengan gigi. Saya membenarkan dia berbuat demikian,” kata wanita itu kepada media.

Sumber dari: Daily Mail

Leave a Reply