Song Joong Ki dan Song Hye Kyo beli rumah mewah berjiran dengan Rain dan Kim Tae Hee | Kool FM
Home > Ceritera Kool > Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Beli Rumah Mewah Berjiran Dengan Rain Dan Kim Tae Hee

Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Beli Rumah Mewah Berjiran Dengan Rain Dan Kim Tae Hee

/
06 Jul 2017
/ /

Lepas satu..satu kejutan daripada pasangan ini. Mula-mula umum mahu berkahwin secara tiba-tiba sekarang, mereka dikatakan akan tinggal di rumah baru berjiran pula dengan pasangan popular Rain dan Kim Tae Hee.

Song Joong Ki pada mulanya membeli sebuah kediaman bernilai 10 Billion KRW pada awal Januari semasa menjalinkan hubungan cinta dengan Song Hye Kyo.

Rumah baru tersebut adalah semua kediaman mewah dua tingkat dan mempunyai ‘basement’ yang terletak di dalam kawasan perumahan mewah di Itaewon.

Rumah Rain dan Kim Tae Hee yang juga di kawasan sama bernilai 5 Billion KRW. Tidak kiralah berapa nilai rumah mereka pun, apa yang penting  kedua-duanya tinggal di kawasan yang sangat eksklusif dan antra kawasan perumahan termewah di Seoul.

 

 

 

Sumber: Koreaboo

Leave a Reply