Si Kecil Ini Tidak Berhenti Ketawa Selepas Mengunci Dirinya Dalam Kereta! | Kool FM
Home > #koolhabis > Si Kecil Ini Tidak Berhenti Ketawa Selepas Mengunci Dirinya Dalam Kereta!

Si Kecil Ini Tidak Berhenti Ketawa Selepas Mengunci Dirinya Dalam Kereta!

/ / /
Comments are Off

Baru-baru ini, si kecil Brandon Emery, yang berusia setahun lebih, dengan secara tidak sengaja telah terkunci diri di dalam kereta ibunya. Namun, berlainan daripada kanak-kanak yang lain, Brandon tampak tenang malah menunjukkan raut wajah yang seronok apabila pasukan penyelamat datang untuk membantunya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semuanya bermula apabila ibu Brandon, Kirsty Green telah meletakkan kunci keretanya di dalam bonet, sementara beliau memasukkan barangan runcit yang baru dibelinya ke dalam kereta. Selepas itu, Kirsty mendapati bahawa anaknya telah menolak kunci di bahagian dalam kereta berkenaan ke bawah dan mengakibatkan anaknya terkunci didalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Kirsty, pada mulanya beliau berasa amat panik, berfikir bagaimana untuk mengeluarkannya. Namun, bernasib baik kerana terdapat beberapa orang disekitar pusat beli belah itu datang untuk membantunya. Ada juga yang terus membuat panggilan kecemasan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak lama kemudian, pasukan penyelamat England bergegas datang ke lokasi kejadian. Mereka cuba menggunakan alat yang kecil bagi mengelakkan daripada Brandon cedera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang mencuit hati, Brandon langsung tidak menangis. Malah tidak berhenti senyum dan ketawa ketika mereka cuba untuk membuka pintu berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, keadaan menjadi tegang apabila Brandon dilihat memgang duit syiling dan seakan-akan mahu memasukkannya ke dalam mulut!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ibunya berasa sangat panik ketika itu dan tanpa melengahkan masa, pihak penyelamat bergegas memecahkan tingkap belakang kereta. Kirsty amat berterima kasih dan terus mendapatkan anaknya sambil berkata pasukan penyelamat sungguh menakjubkan.