Puteri Mako Kahwini Rakan Kolej! | Kool FM
Home > #koolhabis > Puteri Mako Kahwini Rakan Kolej!

Puteri Mako Kahwini Rakan Kolej!

/ / /
Comments are Off

Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapa Puteri Mako ini, beliau sebenarnya adalah cucu sulung kepada Maharaja Akihito.

Menurut Media Jepun, Puteri Mako akan mengahwini rakan sekolejnya!

Namun, perkahwinan itu menimbulkan kembali perdebatan mengenai jumlah keluarga diraja yang semakin ‘mengecil’ kerana selepas berkahwin, Puteri Mako akan menjalani kehidupan harian sebagai rakyat biasa.

Kabinet Jepun dijangka meluluskan rang undang-undang pada Jumaat ini, bagi membolehkan Maharaja Akihito, 83, turun takhta, iaitu yang pertama oleh maharaja negara itu dalam tempoh hampir dua abad.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito dilaporkan menyuarakan hasrat itu kerana bimbang faktor usianya akan menyukarkan baginda memenuhi kewajipan sebagai maharaja.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pindaan dibuat terhadap undang-undang yang hanya membenarkan kaum lelaki mewarisi takhta atau membenarkan wanita untuk kekal dalam keluarga diraja selepas berkahwin.

Pindaan itu dianggap golongan konservatif sebagai langkah pertama untuk membenarkan kaum wanita mewarisi takhta diraja.

Mengulas mengenai masalah kekurangan anggota diraja, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media, hari ini, berkata: “Pandangan kami tidak berubah mengenai langkah yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan kestabilan sistem penggantian takhta”.

Sementara itu, kelibat Kei Komuro, 25, iaitu tunang Puteri Mako berjaya dirakamkan media, hari ini, di luar sebuah pejabat guaman di Jepun, sehari selepas berita pertunangan mereka tersebar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, Agensi Pengurusan Istana Diraja enggan mengulas lanjut mengenai berita berkenaan.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya membuat sebarang kenyataan, tetapi saya akan bercakap pada waktu yang sesuai,” kata Komuro kepada wartawan.

Bagaimanapun, media melaporkan Komuro yang sebelum ini pernah mempromosikan sektor pelancongan di sebuah kawasan berhampiran Tokyo, mengakui ada berbual dengan Puteri Mako menerusi telefon, semalam.

Ketika ini, hanya ada empat waris yang layak mewarisi takhta diraja Jepun, iaitu dua anak lelaki Maharaja Akihito, abang maharaja, dan Putera Hisahito, 10, iaitu anak lelaki putera kedua maharaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maharaja Akihito hanya mempunyai empat cucu, iaitu tiga daripada perempuan, termasuk Puteri Mako, anak sulong putera keduanya.

Ini menimbulkan kebimbangan masyarakat Jepun, bahawa Putera Hisahito mungkin menjadi waris terakhir takhta.

Dalam pada itu, Puteri Mako yang memiliki ijazah sarjana dari Universiti Leicester kini bertugas sebagai penyelidik di sebuah muzium.

 

Sumber dari Reuters