Kenapa Kita Tersedu? | Kool FM
Home > CeriteraKool > Kenapa Kita Tersedu?

Kenapa Kita Tersedu?

/ / /
Comments are Off

Sedu ataupun hiccups adalah gas yang dikeluarkan dari mulut dan menyebabkan badan turut serta memberi impak pergerakan. Pergerakan itu juga sekali gus menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, pergerakan ini juga mudah dirasai pelbagai golongan.

Ada juga yang beranggapan bahawa sedu berlaku ekoran angin yang menyerang badan. Dari sudut perubatan pula, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma (otot utama yang digunakan dalam proses menarik dan mengeluarkan nafas) secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diafragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

 

Jadi, ia akan mengakibatkan kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk, maka terhasillah pergerakan sedu.

Walaupun sehingga kini tiada punca kepada kejadian tersedu ini, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup.

Terdapat juga beberapa faktor lain termasuk:

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol atau minuman berkarbonat berlebihan

Bagaimana untuk mengatasi atau menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam sambil tutup hidung
  • Makan sesudu teh gula atau madu
  • Menelan segumpal nasi putih

Jika langkah-langkah ini tidak dapat menolong anda, segera ke hospital, untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

 

Sumber dari: Berita Harian dan Majalah Sains