AWAS kesalahan ini akan demerit! | Kool FM
Home > #koolhabis > AWAS Kesalahan Ini Akan Demerit!

AWAS Kesalahan Ini Akan Demerit!

/
02 May 2017
/ /
Comments are Off

 

Bharian.com

 

Oleh : Ainaa

Mesej ni memang ditujukan untuk kita semua pengguna jalan raya! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan 23 kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.

Baru-baru ni, pelaksanaan Sistem Mata Demerit telah dikuatkuasakan. Tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya.

Tahu ke tidak apa itu Sistem Mata Demerit? Okay, mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya.

Mata demerit hanya akan diberikan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.

Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:

 

  1. i) Penalti diselesaikan dengan membayar kompaun.
  2. ii) Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah.

 

Yang sebenarnya hanya ada dua kesalahan yang akan demerit jika didapati bersalah.

Menurut sumber, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob , pelaksanaannya melibatkan 2 kesalahan utama iaitu perlanggaran lampu merah dan memandu melebihi had laju.

Dan reaksi yang diterima di laman sosial dan portal JPJ juga adalah sangat positif kerana ramai yang menyokong usaha ini dan ia dilihat merupakan langkah yang baik dalam mendidik masyarakat mematuhi undang-undang di jalan raya.

Mana tidaknya, antara faktor utama kemalangan berlaku adalah disebabkan pelanggaran lampu isyarat merah dan juga memandu melebihi had laju. Diharapkan dengan adanya system ini, pengguna akan lebih berhati-hati dalam pemanduan.

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 20 kesalahan lain lagi akan dimasukkan dari semasa ke semasa. Jadi, AWAS okay!