3 Tips Menjadi Awesome di Internet! | Kool FM
Home > #koolhabis > 3 Tips Menjadi Awesome Di Internet!

3 Tips Menjadi Awesome Di Internet!

/ / /
Comments are Off
, Teknologi

Internet tu mesra pengguna, bersifat global dan dibuka setiap waktu. Dengan internet, kita boleh:

  • Mencari dan berkongsi maklumat dengan lebih efektif
  • Memudahkan urusan harian
  • Berkomunikasi tanpa mengira lokasi
  • Mendapatkan berita terkini, mengetahui hal ehwal semasa

 

Namun, ada risiko, seperti terdedah dengan kandungan berunsur negatif:

  • Kita terdedah kepada sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk memanipulasi
  • Kita terdedah dengan kandungan tidak bermoral
  • Kita terdedah dengan beribu ribu iklan yang boleh memperdayakan !

 

Bagaimana nak menggunakan internet dengan selamat dan berhemah:

  • JANGAN KONGSI KATA LALUAN

  1. Tukar password sekerap mungkin
  2. Password kena kompleks dan panjang, tapi mudah untuk diingati
  3. JANGAN kongsi maklumat peribadi (Nama, alamat , nombor telefon) dengan orang tidak dikenali

 

  • BIJAK BILA BERKONGSI

  1. Fikir dulu sebelum letak apa apa gambar , atau berkongsi maklumat dengan rakan rakan maya
  2. INGAT! Semua yang dikongsi atau di upload berkemungkinan tidak dapat di delete sepenuhnya dari alam maya
  3. Ramai mata mata memerhati. Kandungan yang dikongsi boleh diungkit pada masa akan datang tau!

 

  • BERBUDI BAHASA, JANGAN SEBAR FITNAH

  1. Hormati orang lain bila berkongsi pandangan. Semua nak tunjuk power dengan segala ilmu dan informasi, jangan biarkan emosi mempengaruhi kita
  2. JANGAN sebar khabar angin! Rujuk sumber yang boleh dipercayai
  3. Elak guna perkataan yang berbaur perkauman atau lucah. PALING PENTING NI!

 

 

  1. Fahami syarat syarat dan terma disediakan sesebuah laman social
  2. Tingkatkan keselamatan akaun, tetapkan privasi yang berpatutan
  3. Laporkan penyalahgunaan kepada pentadbir laman web
  4. Pasang filtering software untuk sekat kandungan yang tidak sopan, dengan lebih komnprehensif dan efektif
  5. Pasang perisian anti virus , lindungi computer anda

 

KLIK DENGAN BIJAK, guys. Budayakan penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab! #TidakPastiJanganKongsi