5 Destinasi Percutian Mantap di Malaysia | Kool FM
Home > #koolhabis > 5 Destinasi Percutian Mantap Di Malaysia

5 Destinasi Percutian Mantap Di Malaysia

/
21 Oct 2016
/
Nasyitah Nadiah Nordin
/
Comments are Off
  • Tadom Hill Resort, Selangor

Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga yang berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.

Anda boleh menjumpai Tadom Hill Resort di Banting Selangor. Kalau anda ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, anda juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi.

tadoman

 

  • Sailors Rest, Pahang

Kalau anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, korang perlu ke Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri. Tapi jika korang tidak mahu tidur atas air korang boleh memilih untuk bermalam di chalet atau berkelah di kawasan kemah yang disediakan.

w2

  • Masbro Village, Melaka

Hotel Butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan anda selesa.

Terletak di kawasan Paya Rumput Melaka, Masbro Village ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia.

masboro-village

  • Tubotel, Langkawi

Hotel yang terletak di Pantai Cenang ini mempunyai 17 buah bilik dan anda boleh pilih sama ada anda mahu menghadap taman atau laut.

Bilik yang diperbuat dari pembentung simen makin menjadi trend dunia pelancungan tempatan. Jika anda berada di langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur didalam silinder simen anda boleh ke Tubotel Langkawi.

tube

  • Bustel Klebang, Melaka

Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini terletak di Klebang Melaka.  Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.

bustel-klebang